MESYUARAT AGUNG PIBG SK PENGERANG 2015



Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa - Guru (PIBG) kali ke-41 telah diadakan pada 26 Mac 2015 bertempat di Dewan Sri Pengerang bermula pada pukul 8.30 malam. Alhamdulillah sambutan daripada ibu bapa amat begitu menggalakkan. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Encik Mohd Yazid Bin Jaafar, iaitu Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC).