UJIAN PERMATA PINTAR SECARA ATAS TALIAN 2014


Kami dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2.      Sukacita dimaklumkan bahawa saringan peringkat pertama Ujian Permata Pintar UKM 1 secara atas talian telah bermula dan akan berakhir pada 31 Mei 2015.Ujian tersebut terbuka kepada semua murid berumur 8 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian dilaman web http://ukm1.permatapintar.edu.my.
3.      Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan menggalakkan anak tuan/puan mengambil ujian tersebut. Setelah selesai mengakses dan menjawab soalan tersebut diharap dapat mencetak sijil dalam portal berkenaan dan menghantar sesalinan kepada pihak sekolah.
4.      Kerjasama dan perhatian tuan/puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih. Harap maklum.