MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH 2016


Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan di sekolah adalah selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapisnegara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKP 2016


Kejohanan Merentas Desa SKP telah dijalankan pada 2 Februari 2016. Acara dimulakan dengan senaman ringkas atau senamrobik. Walaupun cuaca pada mulanya hujan, acara tetap dijalankan selepas cuaca kembali cerah. Alhamdulillah, Kejohanan Merentas Desa dapat disempurnakan dengan jayanya pada hari tersebut dengan bantuan para guru, ibu bapa serta pihak berkuasa yang terlibat.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2016


Pelaksanaan Majlis Maulidur Rasul bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah serta memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda s.a.w.