MAJLIS MAKAN MALAM SKP 2015


Warga SKP mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Aminudin Bin Doll yang akan menamatkan khidmat beliau pada bulan November 2015. Tidak lupa juga kepada dua orang guru yang bersama-sama akan berpindah ke daerah Muar iaitu Encik Mohd Rani Bin Sulaiman dan Encik Wan Mohd Izzudin Bin Wan Zakaria. Tidak dinafikan bahawa SKP begitu terasa atas kehilangan ketiga-tiga orang guru ini. Moga sentiasa dikurniakan kesihatan dan limpahan rezeki Allah.

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SKP KALI KE-45


Kejohanan Balapan dan Padang SKP Kali Ke-45  merupakan suatu program yang dirancang  oleh Unit Sukan dan Permainan di bawah Majlis Ko-Kurikulum SK Pengerang . Program ini diadakan pada setiap tahun dan melibatkan semua warga SK Pengerang dan juga para ibu bapa serta penjaga murid-murid SK Pengerang sama ada secara langsung atau tidak langsung. 
Program ini bertujuan memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada semua individu yang terlibat tentang aktiviti balapan dan padang disamping mencungkil bakat-bakat yang berpotensi dari kalangan murid-murid yang boleh diketengahkan sehingga ke peringkat yang tertinggi.