Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan di sekolah adalah selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan
Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan.
Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi
pelapisnegara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat
serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat
lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.
KEJOHANAN MERENTAS DESA SKP 2016
Kejohanan Merentas Desa SKP telah dijalankan pada 2 Februari 2016. Acara dimulakan dengan senaman ringkas atau senamrobik. Walaupun cuaca pada mulanya hujan, acara tetap dijalankan selepas cuaca kembali cerah. Alhamdulillah, Kejohanan Merentas Desa dapat disempurnakan dengan jayanya pada hari tersebut dengan bantuan para guru, ibu bapa serta pihak berkuasa yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)