MAJLIS MAKAN MALAM SKP 2015


Warga SKP mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Aminudin Bin Doll yang akan menamatkan khidmat beliau pada bulan November 2015. Tidak lupa juga kepada dua orang guru yang bersama-sama akan berpindah ke daerah Muar iaitu Encik Mohd Rani Bin Sulaiman dan Encik Wan Mohd Izzudin Bin Wan Zakaria. Tidak dinafikan bahawa SKP begitu terasa atas kehilangan ketiga-tiga orang guru ini. Moga sentiasa dikurniakan kesihatan dan limpahan rezeki Allah.

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SKP KALI KE-45


Kejohanan Balapan dan Padang SKP Kali Ke-45  merupakan suatu program yang dirancang  oleh Unit Sukan dan Permainan di bawah Majlis Ko-Kurikulum SK Pengerang . Program ini diadakan pada setiap tahun dan melibatkan semua warga SK Pengerang dan juga para ibu bapa serta penjaga murid-murid SK Pengerang sama ada secara langsung atau tidak langsung. 
Program ini bertujuan memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada semua individu yang terlibat tentang aktiviti balapan dan padang disamping mencungkil bakat-bakat yang berpotensi dari kalangan murid-murid yang boleh diketengahkan sehingga ke peringkat yang tertinggi.

"SCHOOL ATTACK" BERSAMA BANK SIMPANAN NASIONAL


Program "School Attack" telah dijalankan pada bulan Mac yang lalu di SK Pengerang hasil daripada kerjasama pihak Bank Simpanan Nasional. School Attack bertujuan untuk memberikan galakan dan memupuk minat pada murid untuk menabung wang di dalam bank untuk kegunaan masa hadapan.

MESYUARAT AGUNG PIBG SK PENGERANG 2015



Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa - Guru (PIBG) kali ke-41 telah diadakan pada 26 Mac 2015 bertempat di Dewan Sri Pengerang bermula pada pukul 8.30 malam. Alhamdulillah sambutan daripada ibu bapa amat begitu menggalakkan. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Encik Mohd Yazid Bin Jaafar, iaitu Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC).

PROGRAM GOTONG-ROYONG SK PENGERANG 2015

Warga sekolah Kebangsaan Pengerang melibatkan sarana ibubapa telah bertungkus -lumus menjalankan aktiviti gotong-royong bersama-sama. antara aktiviti yang dijalankan ialah mengecat dinding sekolah, menghias bilik-bilik dan sudut-sudut khas di Sekolah Kebangsaan Pengerang. Tahniah diucapkan...



KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD ZON PENGERANG 2015


Sekolah Kebangsaan Pengerang telah dilantik sebagai tuan rumah bagi tahun 2015. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada para guru yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini. 





PROGRAM AKUJANJI & MENTOR MENTEE TAHUN 6 2015