SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2016


Pelaksanaan Majlis Maulidur Rasul bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah serta memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda s.a.w. 

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2016


Pelancaran Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2016 telah disempurnakan oleh Puan Siti Khadijah Binti Omar yang merangkap sebagai Timbalan Ketua di Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

TAKLIMAT PBS DAN PENATARAN UPSR TAHUN 2016


Taklimat PBS dan Penataran UPSR Tahun 2016 telah berlangsung pada awal persekolahan iaitu pada bulan Januari 2016. Taklimat dan Penataran UPSR telah diberikan oleh Tn. Haji Khairuddin Bin Mohamed yang memangku sebagai Penolong PPD bahagian Peperiksaan Kota Tinggi. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan yang jelas tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan juga format baharu UPSR yang dilaksanakan pada tahun 2016.