TAKLIMAT PBS DAN PENATARAN UPSR TAHUN 2016


Taklimat PBS dan Penataran UPSR Tahun 2016 telah berlangsung pada awal persekolahan iaitu pada bulan Januari 2016. Taklimat dan Penataran UPSR telah diberikan oleh Tn. Haji Khairuddin Bin Mohamed yang memangku sebagai Penolong PPD bahagian Peperiksaan Kota Tinggi. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan yang jelas tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan juga format baharu UPSR yang dilaksanakan pada tahun 2016.